
Bukan maksud untuk buat cerita mengarut pagi2 Jumaat ni tetapi supaya kita memandang sesuatu isu dengan perspektif yang tepat dan bersedia dengan perkara di luar jangka. Maaf kepada semua doktor di luar sana. Kisahnya begini:
Latar masa: Lebih kurang 9:00 pagi.
Tempat: Wad Bunga Raya, Hospital Temerloh.
Tarikh: Lupa. (hujung September 2010)
Doktor: Pakcik, ada kencing dan berak tak hari ni?
Pesakit: Ada.
Doktor: Najis warna apa?
Pesakit: Kehijau-hijauan, macam orang banyak makan sayur. (Kalau hitam berkemungkinan besar ada pendarahan dalaman)
Doktor: Ada pendarahan tak masa kencing dan berak?
Pesakit: Tak ada, normal.
Doktor: Semalam ada nurse beri bekas untuk ambil sample najis kan?
Pesakit: Err... tak pasti, tak ada rasanya.
Jawab pesakit tergagap2 kerana cuba berbohong. Pesakit segera teringat bekas kecil (container) yang diserahkan nurse petang sebelumnya. Sepatutnya bekas tersebut diisi najis untuk diserahkan kembali kepada nurse tetapi pesakit secara senyap2 membuangnya.
Doktor: Tak apa, nanti kita beri yang lain, pakcik ambil sedikit untuk kita uji sample di makmal.
Pesakit: OK.
Dalam hatinya berkata, ‘Ya Allah... macam mana aku nak isi najis dalam bekas tu? Taktik aku tak menjadi nampaknya. Ingatkan dah lupa’.
Doktor: Pakcik, platelet pakcik masih sangat rendah, kita takut ada pendarahan dalaman. Selain ambil sample najis, kita perlu periksa salur najis pakcik untuk check pendarahan.
Pesakit: HAH, check punggung??? Tak payah doktor, confirmed tak ada darah. Kalau ada saya mesti bagitau.
Pesakit memandang sayu wajah manis doktor muda yang kecil molek tersebut minta simpati. ‘Muda lagi ni, manis pulak tu. Nampak macam bujang,’ bisik hati pesakit.
Doktor: Tak boleh pakcik, kita mesti check, bahaya!
Pesakit: Betul doktor... sumpah tak ada darah!!
Pesakit mula panik dan tiba2 sahaja pandai bersumpah.
Doktor: Jangan risau pakcik, sekejap je. Saya dah biasa buat.
Pesakit: Ala doktor, tak payahlah... tak berdarah!
Muka pesakit mula pucat lesi. ‘Iskh... takkanlah doktor perempuan ni yang buatkan. Korek punggung pula tu. Kalau doktor lelaki tahanlah sikit tetapi jari doktor lelaki lagi besar...’ Tiba2 pesakit rasa macam nak menangis.
Doktor: Kejap ya pakcik, saya ambil rubber glove dan alat2. Nanti kita tutup langsir ni.
Pesakit: ?????
Tidak lama kemudian doktor manis kecil molek tu datang kembali. Langsir ditariknya menutupi keliling katil.
Doktor: Pakcik mengiring ya. Saya nak londehkan seluar ni sikit.
Pesakit: ???????..
Pesakit hanya menurut dan keliru dengan situasi yang dihadapi.
Doktor: Bengkokkan kaki pakcik...
Pesakit: ?????????...
Pesakit menurut sambil berkerut muka kerana malu, aib dan ngilu. Doktor menyapu pelincir, memasukkan jari dan mengorek di kawasan yang dikehendaki. Pesakit rasa nak terbuang air besar dibuatnya dan rasa tersebut kekal hampir separuh hari.
Lebih kurang 2 minit segala2nya selesai.
Doktor: OK, pakcik. Nasib baik memang tak ada pendarahan.
Pesakit: ...
Hanya diam dan tertunduk malu (seperti pengantin perempuan pada malam pertama). Mukanya merah padam!
Doktor: Kenapa pakcik....?
Pesakit: Saya, saya... malu.
Doktor: Tak mengapa pakcik, ini memang tugas saya. Kalau nak ikutkan saya lebih malu daripada pakcik.
Pesakit: Mmmm...
Piewahid:
Amacam? Bersedialah dengan apa sahaja kemungkinan apabila berada di hospital...


salam piewahid. kalau dah terpaksa tu nak buat camno...kira kes dharurat le tu.